Study For Smart



#84 | perasaanku
Friday, 7 June 2013 | 0 comment(s)
kenapa aku harus nangis setelah apa yang dia lakukan padaku ya allah ? kenapa kau lemah kan aku --" kau biarkan hati aku begini , bila aku mulai bahagia kau datangkan kedukaan pada ku ? subhanallah --" adakah aku terlampau mempercayainya sehinggakan orang sekeliling aku berkata aku buat endah tak endah ! besarnya kuasa cinta sehinggakan membuatkan aku lenyap dengan dunia realiti :/

bersujud , berserah , berdoa itu sahaja yang mampu aku lakukan . adakah aku bodoh ? adakah aku perigi mencari timba ? atau mungkin aku sampah yang dia gunakan kemudian membuangnya semula :'( kata kata kawan karibku semua nya aku tidak dengari , kadang kala aku nekad untuk membunuh diri sebab terlalu sayang dan cintakan dirinya . tak cukup ke pengorbanan yang aku buat selama ni ? adakah aku persinggahannya sahaja sebagaimana cinta pertama aku lakukan padaku :( airmata aku terlalu murah untuk dirinya , mengalir setiap hari seakan-akan menjadi biasa . ungkitan demi ungkitan yang dia lemparkan membuatkan aku terjatuh terduduk , dan kemudian aku rawatnya sendiri . bila dah kembali okay aku mula bangun semula dengan melupakan apa yang terjadi , setelah itu kau ungkit kembali :( hina ke aku dimata kau ?

adakah pada kau cinta aku terlalu murah untuk kau ? setiap percintaan perlukan kepercayaan , tapi kepercayaan tu kau buat seperti tiada apa apa makna ! demi hubungan kita aku gagahkan diri aku untuk terus bangkit tanpa mempedulikan kata kata kawan serta keluarga ku . pelajaran ku abaikan , dan utamakan diri kau ~ aku sedar aku manusia yang penuh kekurangan :( salah kah aku ingin bahagia ya allah , aku cemburu melihat kawan kawan bahagia dengan pasangan masing masing . kadang kadang aku menganggap dunia ini tak adil malah kejam kerana langsung tidak memberi peluang untuk aku bahagia -,- alangkah bahagianya bila kau mampu membaca satu persatu bait bait yang ada dihati aku . alangkah bahagianya kau faham akan diriku ini . tetapi aku tahu semua itu tak mungkin berlaku dalam diri aku ini :/ aku cuba tabahkan hati ini selagi mampu 




Older Post . Newer Post